:: ALUMNI MAKTAB PERGURUAN LEMBAH PANTAI ::

::xmplp comittee::xmplp.zoomshare::sembang::photo v1::photo v2::

"masuk tanpa daftar, ibarat malam tanpa bulan"

|DAFTAR 'ONLINE'| |SENARAI AHLI|

XMPLP@Facebook

18 July 2008

Pre Reunion Pahang

"Sebagaimana yang telah dirancangkan semalam 13 Julai 2008 lebih kurang pukul 3.00 petang, hari Ahad, kami pun bertemu di kediaman Ibrahim Man dan Bebi Rosnani. Walaupun tidak seramai yang diharapkan, namun pertemuan bersejarah dalam hidup kami ini sesungguh sangat istimewa. Selain tuan rumah, Ibrahim dan Bebi Ros, mereka yang hadir ialah Sabri Raub, Saidatul Anam (Ana), Wannie, Obidah, Anita, Rohani (Bonn) dan suami serta aku (Azman Abdullah) dan isteri (Azlin Mohamad). Kira-kira 11 orang. Kalau dikira termasuk anak2, rasa-rasanya sekitar 25 orang. Hanya Allah saje yang tahu betapa bersyukurnya kami yang dapat berjumpa rakan2 seperguruan yang telah hampir 20 tahun tak berjumpa." - Azman Abdullah

Lihatlah gambar Pre Reunion Pahang kiriman Azman.

16 July 2008

Pre Reunion lagi

:: Pre Reunion Utara ke-2
Tarikh : 19 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN),Kompleks Pendidikan,
Jalan Stadium.
Hubungi : Zahari Awang (019 4456571)/Shamsul Ariffin (019 5735649)


:: Pre Reunion Perak ke-2 (Hari Keluarga)
Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : BTPN Perak
Hubungi : Azman Shah- 0195558316/0165947366
Zamri- 0195617202 Rohaya Anita- 0125420302

Pro Tem dalam mesyuarat ke-2 di rumah Dr. Aziz telah bersetuju menetapkan bayaran pendaftaran RM100 kepada xmplp yang akan menyertai Reunion 16 Ogos nanti. Penurunan RM50 daripada ketetapan awal (RM150) ini disebabkan oleh kesudian sdra. Mahyudin menyumbangkan topi dan juga pelekat kereta sebagai cenderamata kepada xmplp yang hadir.

Segalanya berjalan lancar, namun Sudin meminta agar aku tutup mulut dulu tentang design yang dipersetuji...Jadi sertailah Reunion 16 Ogos nanti...datang dapat tpoi dan pelekat kereta...tak datang jangan harap ye! Itulah yang dipesan oleh sdra Mahyudin.

Pertemuan tanpa diduga. Itulah detik yang menemukan semula Ramli dengan Dr. Robiah K Hamzah (Pensyarah MPLP). Dr. Robiah kini sudah cukup dikenali sebagai perunding motivasi yang kerap kali muncul di media massa. Kemunculan beliau dapat dilihat dalam rancangan SPM, MHI dan juga beberapa siri Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan melalui RTM 1.

Gambar kiriman Ramli bersama Dr. Robiah dan juga gambar mesyuarat reunion ke-2 dapat dilihat dalam 'members today' di zoomshare dan juga 'masa kini' di photobucket.
Keterangan gambar: Ramli, Ramzi bersama Dr. Robiah.

10 July 2008

Pre Reunion Perak


Pre Reunion yang diadakan di BTPN Perak pada 5 Julai 2008 telah berjalan dengan lancar.

Gambar-gambar lain boleh diliha
t di photobucket.

Nostalgia Ramli jb


Gambar kiriman Ramli menggamit kenangan ramai.

Banyak lagi gambar kiriman Ramli jb di kenangan MPLP 3.

03 July 2008

Salam.

XMPLP versi blogspot ini merupakan 'site mirror' bagi laman asal XMPLP yang bertapak di zoomshare.

Maklumat di sini adalah seperti maklumat yang tertera di laman asal. Jika terdapat sebarang keraguan atau kesilapan maklumat, sila rujuk laman asal.

Selamat merealisasikan Reunion 16 Ogos 08!


Salam xmplp.

Web Team
3 July 2008

MAKLUMAT SEMASA

:: Pre Reunion Perak ke-2 (Hari Keluarga)

Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : BTPN Perak
Hubungi :
Azman Shah- 0195558316/0165947366
Zamri- 0195617202
Rohaya Anita- 0125420302


:: Misi Pre Reunion Pahang/Zon Timur

Tarikh : 13 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 3.00 pm
Tempat : Rumah Ibrahim Man PMS2/86 dan Bebi Rosnani PSR5/87
No 140, Jln IM 2, Bdr Indera Mahkota 2, Kuantan
Hubungi : AZMAN ABDULLAH 013-9691816/09-4525743(R)
Ibrahim Man 013-9826769
Bebi Rosnani 013-9826568 AZLIN 013-9694840



:: Pre Reunion Utara ke-2


Tarikh : 19 Julai 2008
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN),
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium.
Masa : akan dimaklumkan.
Hubungi : Zahari Awang (019 4456571) Shamsul Ariffin (019 5735649)

TIMELINE TO 16 AUGUST

Start End Task
1/7/08 15/7/08 Confirm venue with IPBA
1/7/08 31/7/08 Registration and Payment
15/7/08 31/7/08 Invitation and door gift
28/7/08 8/8/08 Confirmation of caterer
30/7/08 7/8/08 Confirmation of accomodation to IPBA
31/7/08 12/8/08 Printing of brochure
1/8/08 13/8/08 Finalising telematch
15/7/08 15/8/08 Mass Media Publicity (RTM/TV3/Radio/Newspaper)

AJK KERJA REUNION
Pendaftaran - Zainal Mat Aini
Aturcara - Dr Aziz Jantan
Publisiti Media - Norasman Shah
Sukaneka - Hamzah Sukiman
Penginapan - Mohd Sukri Yunus
Jamuan - Ramzi Othman
Cenderamata - Shamsudin Osman
Jemputan - Ramli Husin


Yuran - RM150 sahaja.
Pendaftaran mesti dimulakan sekarang! Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah 31 July 2008. Pembayaran boleh mula dibuat melalui akaun berikut:

Zainal bin Mat Aini
Maybank current account : 514413106135

Cara membuat bayaran:
sms kepada Zainal (012-3080083) bahawa anda akan membuat bayaran sekian2 hari dan masa, kemudian pergilah ke Maybank dan masukkan wang, simpan slip bayaran, fotostat slip bayaran dan fax kan slip bayaran ke nombor fax berikut: 03-90576036.

1. Jangan lupa tulis nama anda, tahun pengajian, dan no telefon anda pada slip bayaran yang difaxkan tersebut.

2. Jangan lupa simpan slip bayaran sebagai bukti semasa mendaftar nama pada 16 Ogos nanti.

Web Team akan mempamerkan nama-nama ahli yang telah membuat pendaftaran dan pembayaran. Sila semak dan hubungi web team sekiranya nama anda tidak tersenarai setelah membuat bayaran.

Untuk butiran lanjut tentang minit mesyuarat, sila lawat "16 Ogos 08!"

Salam.
Web Team ~ 2 Julai 2008.

DANA KEBAJIKAN

SHAMSUDIN OTHMAN
MAYBANK: 101075303884


Kepada yang berhajat, sila buat sumbangan melalui akaun di atas. Jangan lupa, sebelum deposit wang tersebut, hantar sms kepada Shamsudin dan nyatakan nama anda, kumpulan pengajian, dan jumlah sumbangan. Simpan slip bayaran sebagai rujukan. Senarai nama penderma akan dipaparkan sebagai akaun rujukan.
Aktiviti pertama - Membantu Saudara Sukiman dan Misuan yang sedang menderita dalam kesakitan.

;;

Hubungi:

Sebarang pertanyaan berkaitan alumni xmplp boleh diajukan kepada
zainal06@gmail.com (Zainal)
rbh_45@yahoo.co.uk (Ramli)
sudean66@hotmail.com (Shamsudin)

Untuk mengirim gambar, coretan atau hebahan, sila e-mel kepada
zainal06@gmail.com (Zainal)
ukharis@gmail.com (Bukhari)

Renungan

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Jerit



http://www.shoutmix.com

 

LAGU MAKTAB

Berdiri tersergam di lembah indah permai,
Maktab Perguruan Lembah Pantai,
Tempat putra putri menerima latihan,
Untuk khidmat di bidang pendidikan,
Di sini kami bergaul serta bekerjasama,
Antara pelajar pensyarah semua,
Belajar terus belajar tanpa jemu,
Melengkapkan diri sebagai guru,
Maktab perguruan tempat kami belajar,
Untuk jadi pendidik bangsa,
Kami guru pelatih tetap menjunjung ikrar,
Rela mendidik memimpin negara .

Rindu yang Terhukum

Sejak namamu terukir di dada
kubawa kenangan dan impian
kukabarkan kepada dunia
sebuah rindu yang terpendam.

Dengan seluruh kenangan
yang damai dalam ingatan
inilah perjalananku
menimba ilmu menjadi dewasa
sambil menghirup nikmat bahagia.

Cukuplah dengan derita kehilangan ini
aku tidak sanggup lagi menanggung
rindu yang terhukum
oleh kenangan dan impian.

Aduhai kenangan
mari kita bersatu mengapai awan
mari kita tinggalkan sejarah silam
memburu mimpi demi mimpi.

Aduhai kenangan
sebelum semua ini berakhir
di kaki senja hari
kita akrabkan kembali
rindu dan cinta masa lalu

aduhai kenangan
kaulah bunga di taman hatiku.

Shamsudin Othman
08/08/08

Perujuk


Pengunjung 2XMPLP

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all