:: ALUMNI MAKTAB PERGURUAN LEMBAH PANTAI ::

::xmplp comittee::xmplp.zoomshare::sembang::photo v1::photo v2::

"masuk tanpa daftar, ibarat malam tanpa bulan"

|DAFTAR 'ONLINE'| |SENARAI AHLI|

XMPLP@Facebook

30 September 2008

Saudara Sukiman (PMS 1/86) bersama saudara Hamzah Sarimun (Bendahari XMPLP) semasa ziarah ke rumah saudara Sukiman. Turut bersama-sama ziarah etrsebut ialah saudara Zainal Mat Aini (Pengerusi XMPLP) dan Saudara Shamsudin Othman (Setiausaha XMPLP).

Gambar seterusnya boleh dilihat di 'Members Today'.

Berita sebelumnya tentang ziarah Sukiman.

29 September 2008


Artikel ini diambil dari web ustaz Zaharuddin Abd. Rahman (www.zaharuddin.net)
--------------------------------------------------------------------------
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Sekian dahulu,

Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 27 Ramadhan 1428 H 9 Oktober 2007 Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)

28 September 2008

Tiga puluh empat musim berlalu
yang kurasai adalah pengalaman yang sama
saling bermaafan dan kunjung ziarah
menerima kartu pengubat rindu
berita daripada saudara dan taulan
yang lama tak menjelma.

Inilah pengalaman yang berulang.

Lebaran,
akan berulang kembalikah kemesraan dulu
memasak lemang, ketupat dan dodol
mendengar takbir di pagi hari
bermarhaban hingga lewat malam
dengan anak-anak riuh tak mengenal lelah.

Allahuakbar, Allahukabar, Allahuakhbar walillahilham
aku tak ingin kehilangan nafas
tatakala lebaran bermusim panen.

Kepadamu kekasihku,
maaf kerana tak sempat kukucup tangan dan dahimu
kerana kita masih belum menemui
jalan pulang ke negeri perkahwinan.

Tapi mengertilah
antara kita
cintanya selapis cahaya
rindunya sedekat mimpi.

Shamsudin Othman,
Madrasah Sham al-Johori

Sajak ini disiarkan dalam Berita Minggu 2001 & telah memenangi hadiah sastera

Salam semua.
Sebentar tadi, lebih kurang pukul 9.40 pagi hari Sabtu 27 September, aku bersama Sudin dan Hamzah telah pergi ke rumah Sukiman Sukimin di Taman Samudra, Gombak. Sepatutnya Dr Aziz ikut sekali, tapi pagi2 dia kena food poisoning lak dah, jadi tinggallah kami bertiga. Bila berjumpa dengan Sukiman, member XMPLP PMS1/86.

Alangkah sedihnya kami melihat keadaan dia sekarang. Tak boleh bercakap dan tak boleh berjaga lama. Walaupun beliau agaknya masih dapat mengingat kami bertiga, tetapi perasaannya tidak dapat diluahkan dengan kata2. Hanya linangan air mata dan sinar matanya yang dapat menceritakan kepada kami betapa terharunya beliau menerima kunjungan kami.

Menurut isteri beliau, Pn Sarimah Mohd Nor, Sukiman mengidap penyakit yang dikenali sebagai "Acute Disseminated Encephalitis." Aku tak faham sangat maksud istilah tu, tapi bunyi dia macam Japanese Encephalitis (JE), yang menyerang saraf otak. Memang keadaannya aku tengok seakan2 kerosakan saraf otak yang mengganggu kebolehan untuk bercakap (hanya slurr sahaja yang di dengar) dan juga kemampuan untuk berjaga (alertness ability) semasa duduk mendengar perbualan kami, dia boleh terlena, kemudian sambung balik jaga, kemudian terlena balik.

Semuanya berpunca dengan pembedahan transplant buah pinggang yang dijalankan pada tahun 2001, di mana selepas pembedahan tersebut, beliau terpaksa bergantung kepada ubat2 hospital. Pada tahun 2004, keadaan kesihatannya bertambah buruk sehingga terpaksa menggaji dua orang pembantu untuk menguruskan keadaan beliau. Mujurlah isterinya juga seorang guru ijazah, lulusan luar negara. Anaknya 4 orang, sulong 18 tahun dan bongsu 12 tahun.

Beliau mendapat medical board out pada 14 ogos tahun ini, dengan bantuan NUTP. Wang kutipan derma tempohari telah diserahkan kepada beliau sebanyak RM1000 beserta hamper hari raya. Melihat keadaan beliau, aku sungguh kagum dengan isterinya, Puan Sarimah, yang sungguh sabar dan tabah menghadapi dugaan. Kami yang datang ni yang menitis air mata melihat kesungguhan mereka sekeluarga untuk meneruskan kehidupan.

**Kisah selanjutnya boleh dibaca di ruangan sembang

27 September 2008

  • 4/10/08 - (Sabtu) Zainal Mat Aini
Sempena menyambut hari kelahiran anak yang ke 9 - Amir Zainal. Bermula pukul 1.00 petang hingga malam. Alamat : 10-11-03, Petaling Indah Condo, Jalan 1C/149, Sungai Besi, 57000 KL. Tel: 03-90576036 (Hse) 012-3080083 (HP)

26 September 2008

XMPLP COMITTEE

Image
Pengerusi (web team)
Zainal Mat Aini PSR PM 5/87
Kuala Lumpur
012-3080083 zainal06@gmail.com

Image

Naib Pengerusi
Ramli Husin PSR PM 4/87
Johor Bahru
012-7004470
rbh_45@yahoo.co.uk
Image
Setiausaha (web team)
Shamsudin Othman PSR PM 5/87
Serdang, Selangor
013-3423166
sudean66@hotmail.com
Image
Naib Setiausaha
Ramzi Othman PSR PM 4/87
Kuala Lumpur
019-2200955
ramziee@yahoo.com

Image

Bendahari
Mohd Hamzah Sarimun PSR PM 3/87
IPBA KL
017-6349559 hamzahipba@gmail.com

Image

Naib Bendahari
Dr Abdul Aziz Jantan PMS 1/86
MPIK KL
012-3987027
drazizjantan@gmail.com


Norliza Ahmad Kamal PSR PM 2/88
IPBA KL
012-3055015 lizajpm@yahoo.com


Rohaya Anita Mohamad Rajamal PSR PI 2/88
Manjung, Perak
012-5420302 nett_109@yahoo.com.my


Noraini Jamaludin PSR 7/86
Kuala Lumpur
012-3917107 enjay_578@hotmail.com


Korsiah Abdul Shukor PSR PI 3/86
Jitra, Kedah
012-4553748 kayshukor@yahoo.co.uk


Noriarti Abdul Malek PSR PI 2/88
Sri Hartamas, KL
012-2387067 cat4567@gmail.com


AJK NEGERI

Image

PERLIS
Shamsul Ariffin Mohd Diah PSR PM 2/88 (photographer)
019-5735649 shamsulariff@yahoo.com

Image

KEDAH
Bukhari Shafie PSR PM 5/88 (web team)
019-4759051 ukharis@gmail.com

PULAU PINANG
Zairudin Ahmad PSR PM 5/87
019-5442407 rasdeany@yahoo.com.my

Image

PERAK
Norazman Shah PSR PM 4/987 (media production)
019-5558316 nasmy_dw@yahoo.de

Image

SELANGOR
Mahyudin Omar PSR PM 3/86-87 (sponsor)
019-2066888 mahyuddin_hjomar@yahoo.com

Image

NEGERI SEMBILAN
Muhidzir Baharom PSM PMS 85
019-6607174 muhidzirbaharum@yahoo.com

Image

MELAKA
Kamil Mohd Taha PSR 10/86
013-2077882 ammel65@hotmail.com

Image

JOHOR
Hassim Markom PMS 1/87
019-7533600 hassim_67@yahoo.com.my

Image

PAHANG
Ibrahim Man PMS 2/86
013-9826769 acornbc@yahoo.com

TERENGGANU
Musa Abdullah PSR PM 4/87
019-9837316 waris_jebat@yahoo.com

KELANTAN
Zulkifli Yaakob

24 September 2008

CD REUNION

  • CD Reunion 16 Ogos sedang dijual dengan harga RM30.00 seunit(dulu RM20.00-tak dapat tanggung kos).
  • RM5.00 dari setiap jualan CD tersebut akan disalurkan ke Tabung XMPLP.
  • Mengandungi 2 CD, CD 1 ada gambar reunion 16 Ogos, 34 lagu balada mp3, 51 lagu mp3 Hari Raya. CD 2 ada gambar reunion 17 Ogos,70 lagu mp3. Semua sekali ada 500 gambar-gambar sekitar reunion 16 dan 17 ogos.
  • Berminat sila hubungi Safiah Sulaiman: 017-2959262

;;

Hubungi:

Sebarang pertanyaan berkaitan alumni xmplp boleh diajukan kepada
zainal06@gmail.com (Zainal)
rbh_45@yahoo.co.uk (Ramli)
sudean66@hotmail.com (Shamsudin)

Untuk mengirim gambar, coretan atau hebahan, sila e-mel kepada
zainal06@gmail.com (Zainal)
ukharis@gmail.com (Bukhari)

Renungan

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Jerit



http://www.shoutmix.com

 

LAGU MAKTAB

Berdiri tersergam di lembah indah permai,
Maktab Perguruan Lembah Pantai,
Tempat putra putri menerima latihan,
Untuk khidmat di bidang pendidikan,
Di sini kami bergaul serta bekerjasama,
Antara pelajar pensyarah semua,
Belajar terus belajar tanpa jemu,
Melengkapkan diri sebagai guru,
Maktab perguruan tempat kami belajar,
Untuk jadi pendidik bangsa,
Kami guru pelatih tetap menjunjung ikrar,
Rela mendidik memimpin negara .

Rindu yang Terhukum

Sejak namamu terukir di dada
kubawa kenangan dan impian
kukabarkan kepada dunia
sebuah rindu yang terpendam.

Dengan seluruh kenangan
yang damai dalam ingatan
inilah perjalananku
menimba ilmu menjadi dewasa
sambil menghirup nikmat bahagia.

Cukuplah dengan derita kehilangan ini
aku tidak sanggup lagi menanggung
rindu yang terhukum
oleh kenangan dan impian.

Aduhai kenangan
mari kita bersatu mengapai awan
mari kita tinggalkan sejarah silam
memburu mimpi demi mimpi.

Aduhai kenangan
sebelum semua ini berakhir
di kaki senja hari
kita akrabkan kembali
rindu dan cinta masa lalu

aduhai kenangan
kaulah bunga di taman hatiku.

Shamsudin Othman
08/08/08

Perujuk


Pengunjung 2XMPLP

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all