:: ALUMNI MAKTAB PERGURUAN LEMBAH PANTAI ::

::xmplp comittee::xmplp.zoomshare::sembang::photo v1::photo v2::

"masuk tanpa daftar, ibarat malam tanpa bulan"

|DAFTAR 'ONLINE'| |SENARAI AHLI|

XMPLP@Facebook

07 October 2008

Tarikh : 11 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Kantin IPBA (ex-MPLP)
Pakaian : Baju Raya
Hidangan

: Lemang, ketupat, rendang, kuah kacang
(makanan asas hari raya) minuman sejuk dan
panas. Tambahan - Pot luck dari saudara
semua. Bawa la kuih muih dan masakan
istimewa yang boleh dikongsi bersama. Lebih
banyak lebih meriah. Bawa la laksa ke, lontong
ke, soto ke, sate ke, maruku ke, nasi briyani ke,
ape2 aje lah yang boleh dimakan!

Bayaran : PERCUMA! Saudara semua dah bayar semasa
reunion awal dulu. Siapa yang mampu boleh la
bawa duit raya untuk anak-anak member yang
datang nanti.

Wakil setiap negeri/kawasan yang ingin mengadakan majlis seumpama di atas (sebab bukan semua dapat datang ke KL pada 11 Oktober nanti) sila maklumkan kepada Jawatankuasa Pusat. Sumbangan akan disalurkan untuk menjayakan majlis terbuka tersebut.

;;

Hubungi:

Sebarang pertanyaan berkaitan alumni xmplp boleh diajukan kepada
zainal06@gmail.com (Zainal)
rbh_45@yahoo.co.uk (Ramli)
sudean66@hotmail.com (Shamsudin)

Untuk mengirim gambar, coretan atau hebahan, sila e-mel kepada
zainal06@gmail.com (Zainal)
ukharis@gmail.com (Bukhari)

Renungan

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Jerit



http://www.shoutmix.com

 

LAGU MAKTAB

Berdiri tersergam di lembah indah permai,
Maktab Perguruan Lembah Pantai,
Tempat putra putri menerima latihan,
Untuk khidmat di bidang pendidikan,
Di sini kami bergaul serta bekerjasama,
Antara pelajar pensyarah semua,
Belajar terus belajar tanpa jemu,
Melengkapkan diri sebagai guru,
Maktab perguruan tempat kami belajar,
Untuk jadi pendidik bangsa,
Kami guru pelatih tetap menjunjung ikrar,
Rela mendidik memimpin negara .

Rindu yang Terhukum

Sejak namamu terukir di dada
kubawa kenangan dan impian
kukabarkan kepada dunia
sebuah rindu yang terpendam.

Dengan seluruh kenangan
yang damai dalam ingatan
inilah perjalananku
menimba ilmu menjadi dewasa
sambil menghirup nikmat bahagia.

Cukuplah dengan derita kehilangan ini
aku tidak sanggup lagi menanggung
rindu yang terhukum
oleh kenangan dan impian.

Aduhai kenangan
mari kita bersatu mengapai awan
mari kita tinggalkan sejarah silam
memburu mimpi demi mimpi.

Aduhai kenangan
sebelum semua ini berakhir
di kaki senja hari
kita akrabkan kembali
rindu dan cinta masa lalu

aduhai kenangan
kaulah bunga di taman hatiku.

Shamsudin Othman
08/08/08

Perujuk


Pengunjung 2XMPLP

Template by Abdul Munir | Blog - Layout4all