28 September 2008
Tiga puluh empat musim berlalu
yang kurasai adalah pengalaman yang sama
saling bermaafan dan kunjung ziarah
menerima kartu pengubat rindu
berita daripada saudara dan taulan
yang lama tak menjelma.
Inilah pengalaman yang berulang.
Lebaran,
akan berulang kembalikah kemesraan dulu
memasak lemang, ketupat dan dodol
mendengar takbir di pagi hari
bermarhaban hingga lewat malam
dengan anak-anak riuh tak mengenal lelah.
Allahuakbar, Allahukabar, Allahuakhbar walillahilham
aku tak ingin kehilangan nafas
tatakala lebaran bermusim panen.
Kepadamu kekasihku,
maaf kerana tak sempat kukucup tangan dan dahimu
kerana kita masih belum menemui
jalan pulang ke negeri perkahwinan.
Tapi mengertilah
antara kita
cintanya selapis cahaya
rindunya sedekat mimpi.
Shamsudin Othman,
Madrasah Sham al-Johori
Sajak ini disiarkan dalam Berita Minggu 2001 & telah memenangi hadiah sastera